Thursday, February 17, 2011

Tempayan yang Retak

Ini ada cerita tentang tempayan yang retak. Diceritakan dari kawan kepada kawan;

Kisahnya begini. Di sebuah kampung yang entah dimana tempatnya, tinggal seorang tua seorang diri bersama dua tempayan. Satu bulat dan satu lagi bujur. Malang sungguh si bujur itu bagai retak menanti belah.

Setiap pagi rutin harian si tua seorang diri itu mengambil air di perigi. Dipikulnya kedua-dua tempayan itu dipundaknya dengan kayu. Si bulat di kanan. Si bujur yang retak di kiri. Berjalanlah si tua bersama tempayannya menuju telaga mengambil air. Setelah selesai, pulanglah si tua ke pondak untuk meneruskan hari-harinya. Ketika di pondok disandarkan tempayan itu di tepi tangga. Tempayan bulat, penuh isinya. Tempayan bujur, suku isinya. Tapi si tua seorang diri tetap puas, tidak mengeluh walaupun sedikit. Hanya tempayan itu sajalah tempat dia meneruskan hari-harinya. Buat masak, mandi, minum, wuduk, basuh, cuci hadas serta bermacam-macam lagilah. Penting sungguh air itu pada si tua seorang diri itu.

Hatta diceritakan, pada satu malam yang tidak diketahui tarikhnya. Bertanyalah si bulat kepada si bujur.

“ Kenapa saudara bermuram durja? Semacam cicak tertelan kapur saja hamba melihatnya.” Malang sungguh si bujur sudahlah retak disamakan cicak pula oleh si bulat. Mungkin si bulat ini tidak bersekolah tinggi, tempayan dengan cicak pun tidak dapat dibezakan – getus hati kecil si bujur.

Nampak sangat si bujur ini dunggu bendanya. Peribahasa dan bidalan pun tidak tahu. Memalukan betul – kata saya ketika membaca apa yang saya tulis sebentar tadi.

“ Hamba bukannya apa, Cuma kasihan melihat tuan kita si tua seorang diri itu. Penat lelah dia berjalan mengambil air di perigi. Tapi hasilnya, air hamba hanya sesuku tempayan saja. Hamba rasa tidak berguna, macam mahu melarikan diri saja.” Kata si bujur sungguh-sungguh dengan satu nafas.

Kasihann! – saya mencuri kata-kata si suhaib petang tadi, ketika dia cuba menganjing kami penarinya. Wahal, dia yang ke laut dalam hampir lemas dipukul badai setinggi tsunami. Kasihan si suhaib tengelam bersama kereta lembunya.

“ Begitu ceritanya. Patutlah saudara bermasam cuka. Janganlah saudara berasa demikian rupa hingga mahu melarikan diri pula. Tidak kasihankah saudara kepada hamba kelak ? “ kata si bulat terkebil-kebil.

“ Kasihann! “ sambut si bujur yang retak meniru gaya si suhaib.

“ Mungkin saudara tidak tahu selama ini yang hamba menaruh hati kepada saudara. Sudah lama hamba memendam rasa. Cinta adalah naluri, Jur! “ raung si bulat pilu.

“ Tuan hamba berpura-pura sebagai tempayan normal! “ si bujur mengepalkan tinju tanda geram. “ tuan hamba hanya mahu meniduriku ! “.

“ Tidak, Jur! “ pekik si bulat hampir menangis. “ hamba tidak pernah merancanakan semua ini. Hamba benar-benar tak menyangka peristiwa ini terjadi...”

“ Alasanmu saja! “ maki si bujur. “ Sejak selama ini, saudara memandang hamba penuh dengan nafsu! “

“ Sialan! Bangsat! “ tempik si bujur kasar sambil meludah ke lantai. “ Lu pikir gue gay! Gue tempayan normal tahu ! “ si bujur masih meracau-racau. Tampak kecil saja si bulat di matanya.

Pagi yang jernih. Matahari tampak bersinar selembut bayu yang membelai hati begitu sejuk. Seperti menjanjikan kehidupan baru yang lebih baik. Meskipun di tengahari awan larat menutupi matahari. Sinarnya berubah menjadi garang, makin lenyap diterjah hujan lebat di sebelah petang. – sungguh drama.

Dipendekkan cerita. Subuh-subuh gajah lagi si bulat tercegat menunggu tuannya si tua seorang diri di tepi tangga. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata, memikirkan perihal si bujur. Percuma saja cinta sucinya tidak berbalas. Bertepuk sebelah tangan rupanya dia.

Subuh itu, si tua seorang diri terkejut besar melihat si bulat bertenggek di tepi tangga – murung. Tak ubah seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah. Nasib baik si bulat tidak menyanyi lagu enjit-enjit semut. Pasti seram fikir si tua seorang diri. Lantas di tegurnya tempayan itu.

“ Terkejut mak, nyah! Kau buat apa dekat tepi tangga mak pepagi buta ni nyah? Nasib baik mak tak terkencing noks. Mak nak pergi tandas ni. Tau-tau saja lah, tua-tua begini asyik nak ketandas saja. “ kata si tua seorang diri sambil melibaskan rambutnya yang panjang lagi kejong itu.

“ Cur cite! Cur cite! “ sambung si tua seorang diri sambil tangannya digoyang-goyangkan.

“ Hamba sedih, teringatkan si bujur yang ingin meninggalkan kita tuan hamba. Katanya, dia tempayan normal yang tidak berguna...”

Tersentuh hati si tua seorang diri mendengar rintihan si bulat pagi itu. Si tua menekan-nekan pundi kencingnya supaya tidak terburai air kencing. Ditahannya dengan dahi yang berkerut seribu, agar tidak menitis, dia berasa terseksa.

“ Mak dah tak tahan ni, nak tersembur rasanya. Sudah di hujung-hujung.” Maka pagi itu si tua seorang diri terkucir di dalam kain batiknya lagi. Seperti selalu-selalu.

“ Gitulah ponen, adik-adik asyik tak confident saja. Tengok mak ni, sudah beribu kali keluar masuk lokap. Kena serbu dengan JAIS lagi.” Si tua seorang diri meracau tidak jelas.

“ Walaupun mak hidup macam ni, di keji masyarakat. Tapi mak puas, nyah.” Kata si tua seorang diri berani mati.

“ Mak disisih dari keluarga, takde seorang pun peduli tentang mak. Tapi mak tabah. Mak kuat, nyah. Cuba kau tengok lenggan mak ni nyah. Berketul-ketul ke tidak?” kata si tua seorang diri menggelar dirinya ponen abang-abang.

Si bulat hanya mampu terlopong panjang. Melihat perangai tuannya yang makin ting-tong, disebabkan pengambilan hormon Marvellon yang berlebihan.

Setelah berceloteh panjang, dipanggil si bujur yang malang itu mengadap si tua seorang diri. Ditanya, mengapa si bujur berasa demikian rupa. Lantas diceritakan apa yang terbukam di dalam hatinya selama ini. Kelihatan si bulat ditepi pintu, menjadi peneman yang setia. Mendengar setiap baris cerita si bujur tanpa rasa jemu. Begitu kuat cinta songsang si bulat terhadap si bujur kekasih gelapnya.

“ Bukankah setiap ciptaan itu sempurna di mata tuhan, nyah! Jika kau dilahirkan cacat – tanpa tangan atau kaki, atau kau buta sekali pun. Semua itu tetap dari padangan tuhan adalah kesempurnaan.” Kata si tua tak ubah seperti seorang ustazah memberi khutbah. Jangan pandang si tua seorang diri ini sebelah mata, walaupun si tua ini ponen kahau tapi dia tetap menjalankan perintah tuhan tanpa banyak songgeh.

“ Mungkin kau rasa tak berguna untuk mak, nyah! Tapi kau berguna pada orang lain. Yelah, kau kena ingat nyah. Walaupun kau ni retak, hina, keji tapi semua tu ada hikmahnya nyah. Setiap benda di dunia ni, dijadikan tuhan sebaik-baik kejadian, nyah!” sambung si tua seorang diri sungguh-sungguh. Dia merasa puas memberi ceramah motivasi percuma kepada si bujur yang retak itu. Kau ingat mak ni ponen, jual vontot – mak tak tahu pasal agama la. Salah orang uolls!– bisik si tua seorang diri meracau-racau lagi.


bersambung... klik sini

4 comments:

Ac by Acid said...

cerita yg terbaik..suka dgn pendahuluan & permulaan jalan cerita yg agak very the kampung style mcm once upon a time terus vass masuk modern style..tp dalam part tengah2 mmg boley pecah perut dgn cerita jenaka..hehe ada slot byk lucu hehe..tp ending part sangat bermakna..so cerita ni bk jugak pengajaran & utk renungan ramai...best spontan simple & byk bermakna..

teKukur Jantan said...

terima kasih Ac.. terharu mmbaca komen anda..

Azham Vosovic said...

Mula mula baca cerita ni da rasa sedih sikit, tapi ada terselit lawak di pertengahan cerita... bila di akhir-akhir cerita, saya rasa macam anda patut menulis skrip pasal kisah ini. Filem kan di Aswara... huhuhu

teKukur Jantan said...

haha.. pasti di reject mentah2