Monday, September 1, 2014

Perjalanan Pulang;


Bas yang saya naik ini menuju perjalanan yang panjang. Saya ingin pulang membawa diri yang makin kurus di makan iblis lahnatullah. Tadi kawan saya menghantar saya ke station bas Kajang. Mereka bukan kawan, tapi mereka lebih dari keluarga kecil saya yang tuhan turunkan dari syurga untuk saya menumpang kasih dan sayang.

Saya pandang mereka dengan muka yang suggul dan sayu. Tiba-tiba hati kecil saya tersentuh dan menangis merintih. Tapi saya perlu tabah. Itu janji saya pada diri dan mereka.

Bas ini penuh sesak dengan manusia yang pelbagai bangsa. Disebelah saya ada seorang permuda CD namanya. Menjadi peneman berbual saya dalam perjalanan yang entah bila berakhir kesudahanya.


Wednesday, January 1, 2014

2014;


Tahun baru 2014, kau dikejutakan dengan lolongan anjing yang menyalak tengah malam semalam. Mata kau tak boleh pejam dan kau merasa tertekan. Kau pandang bilik empat segi sama itu dengan harapan tahun baru ini kau dapat tidur dengan lena.

Beban tahun 2013 sudah berakhir. Dan kau masih berkudis dengan berat badan yang makin merosot teruk. Sial!

Selamat tahun baru. Harap tahun ini kau baik-baik saja.


Saturday, September 21, 2013

Nota Jiwa Derita;


Engkau mengambil masa yang lama untuk ini. Menceritakan tentang kematian dia lelaki yang hilang dua tahun lepas dan sebuah jiwa yang derita. 

Engkau lelaki dan dia juga lelaki. Engkau ini lelaki yang lemah, rapuh dan pengecut. Jenis yang suka memerhati dan terlalu beremosi. Dia jenis yang suka menjaga hati orang lain, memikirkan perihal mereka yang dia sendiri tidak kenal dari masalah diri sendiri. Itu dulu.

Langit tidak selalu cerah. Semua orang tahu, dan engkau sendiri pun tahu tentang itu. Tentang langit yang mendung berarak membawa seribu cerita-cerita mereka yang derita. Waktu bahagia berada diposisi yang sangat stabil di puncak, saat itulah engkau diuji ketabahan hati. Dia tahu yang engkau ini terlalu lemah untuk segala jenis kemungkinan. Melihat segala harapan musnah dengan segala nikmat hidup diragut bukanlah sesuatu yang seronok untuk dipertontonkan. Dan engkau pasrah dengan kematian.

Sebelum mata dia tertutup. Kami pernah berjanji yang kami adalah apa yang mereka panggil cinta. Dan engkau tanam dalam fikiran yang dia adalah cinta mati engkau. Engkau percaya itu bukan satu rekaan arca iblis, itu adalah kurniaan. Pilihan dan ketentuan. Ketika itu engkau berikrar dengan harapan dunia terbalik dan segala isi bumi merekah dan menelan engkau hidup-hidup. Sembunyi dari realiti kehidupan yang slapstik dengan mata-mata mereka yang konservetif adalah sangat membunuh saraf. Dan mereka juga tahu tentang itu.

Dia merupakan anugerah untuk engkau. Tiada yang lebih selesa dari melihat dan bersama dengan dia lelaki yang hilang dua tahun lepas. Menyedari yang engkau dan dia ada banyak minat yang sama, seberpendapat dan kami sama-sama setuju tentang itu.

Takdir itu indah. Hingga membuat engkau buta tentang realiti dunia sebenar.