Wednesday, February 23, 2011

Tempayan yang Retak 2

Tika mendengar ceramah percuma yang disampaikan oleh si tua seorang diri pagi itu, berbunga-bunga jugaklah perasaan si bujur jadinya. Walaupun si bujur ini retak – tampak brutal, tapi ada taman dalam hatinya. Mungkin si bujur ini tempayan coverina jugak bendanya – paham-paham je la.

“ Bujur, kau kena faham nyah. Walaupun kau rasa tak berguna pada mak. Tapi cuba kau tengok jalan depan rumah mak ni nyah…” Sambungnya lagi, “ cuba tengok, apa yang kau nampak nyah? ” tanya si tua seorang diri tanpa berdalih lagi.

“ Nampak ke tidak? ” marah si tua, tika dilihatnya si bujur hanya mengorek hidung buat endah tak endah saja.

“ Hamba nampak, disebelah kanan jalan tampak hijau – subur. Tidak seperti di sebelah kiri tampak lite-lite je. ” jawap si bujur cuba memondankan diri. Ala-ala adik-adik bercontact lens berwarna. Sapa nak jawap noks.

“ Surprise! Kan mak dah kata. Air yang menitis keluar dari tempayan kau yang retak tu nyah, buat tumbuhan di sebelah kanan jalan tu hidup berbunga-bunga. Kelas kau maria! Sentap mak! ”.

Setelah mendengar penjelasan vasst dari si tua seorang itu, maka berseri-serilah raut wajah si bujur – nampak sangat muka pakai whitening cream! Cantik la sangat kan, muka der putih tepung gomak tapi tangan dengan badan tetap der hitam one! Perlu ke nok? Motif nyah, motif! – tetiba si tua meracau seorang diri.

“ Hamba bahagia, jika kau bahagia Jur, ” bisik si bulat dengan senyuman. Seperti matahari yang gagal bersinar ditelan mendung di tengahari. “ kalau saudara bahagia bersama hamba, hamba rela berpaling padanya…”

Si bujur meramas tangan si bulat kuat-kuat. Dia ada berbisik di telinga si bulat – sesuatu telah dibicarakannya. Dia senyum.

“ Tuan hamba… tidak marah pada hamba lagi? ” tanya si bulat takjub.

Bersambung…

3 comments:

MM said...

sangt mendalam..... huhu otak tengah mencerna kembali...huhu

Unknown said...

dalam kan.. karya2 aku masa aku boring lepak kat aswara.. haha

RASHID A.K.A ACID said...

wahhh..part 2 pon best...!!bila sambungannya...mesti menarikk tak sabar..!!best lah bermakna...ini adalh satu tatapan utk hiburan sahaja tidak related kpd sesiapa...sama ada yg hidup atau mati...tapi mmg spontan cerita yg boley kita nilaikan sendiri..heheh