Thursday, November 1, 2012

Hilang Dari Mulut Masing-Masing;


Buku : HILANG
Penulis : Dayang Noor
Terbitan : Buku Fixi
Tahun : Jun 2012 ( cetakan pertama )


Dayang Noor datang lagi dengan HILANG. Setelah kita di JERAT dengan cerita triller penuh psiko dalam buku pertama tulisannya. HILANG lebih ringan sebenarnya dan paling penting tidak disogok dengan data base serta programmer yang membunuh saraf otak aku.

Satu. Aku suka HILANG sebab buku ini ada dua kisah dalam satu cerita. Tak terlalu rumit, dua watak yang masing-masing ada kisah perjalanan sendiri untuk merungkai cerita disebalik kehilangan. Macam kita menonton filem indie luar negara.

Dua. HILANG tidak terlalu klise, tetapi ada sedikit streotaip. Cuma kita akan terfikir buku tulisan Dayang Noor ini menceritakan tentang Ikhsan yang hilang atau cerita si Khairani yang kehilanagan identiti dan menjadi Khalida Azwa.

Tulisan Dayang Noor kali ini lebih berterus terang dan sedikit huru-hara tapi masih dalam zone yang selesa. Tak terlalu meleret Cuma ada beberapa benda yang menganggu bacaan aku secara tak sedar. Jusoh yang dicerita sukar untuk dijejak akhirnya tertangkap memalui sekatan jalan raya. Bullshit! Takkan Jusoh taiko besar tak mempunyai geng yang tahu bila polis buat rush.

Ikhsan yang dijumpai Tania di tengah jalan dekat Kuala Selangor. Persoalan, Ok la kita boleh fikir yang Tania mengikut jejak Khairani dan Zed setelah Ikhsan suruh Tania balik pada malam diorang main polis-pencuri. Dan yang paling tak best ending cerita dia. Kau orang akan rasa macam.. macam ni je! Watak Radhiah yang secara magik dikatakan kawan baik Khairani dan sanggup buat apa saja. Aku suspect dia orang ni lesbian.

Apa-apa pun. “Hai, nama saya Tekukur Jantan. Hobi saya membaca”.

***

2 comments:

Syakir Rahman said...

tpi endingnya terlalu cliche.. huhuhu

taufek husin said...

Syakir: biasa la ending semua klise, klu tak klise xde lah kita nak review kan. tp klise dia tak sinetron sngt. kira inn lagi la. hahaha