Friday, April 27, 2012

Disenggat Cinta;


Pantas. Terlalu pantas, hingga kau sendiri tidak sedar. 

Dua hari lepas, waktu itu larut malam. Dia datang dengan berseluar pendek dan berbaju hitam. Kau tunggu dia di tingkat bawah, menanti penuh debar. Dari jauh dia nampak biasa. Ya, amat biasa hingga kau rasa dia seperti kunang-kunang yang terbit bila malam menjelang. Oh, kata kau. Ini adalah peluang dan kau perlu peluk dia erat-erat dan ikat dia di batang pokok jangan sampai terlepas.

Dipendekkan cerita, sebuah dongeng satu malam. Ketika segalanya selesai. Dia di kaki lima menghisap candu, dengan mata yang lalok. Bertapa kau rindu moment itu, saat dia mengusap kelopak mata kiri kau. Dan kau tiba-tiba kekejangan menahan sendu. 

Bertapa nikmat bercinta setelah ianya menjadi halimunan seratus tujuhpuluh hari lepas. Kau masih lagi membeku dan kedinginan, dalam samar-samar kau disenggat cinta yang selama ini kau kemam dan tak pernah kau luahkan. 


1 comment:

Hafiz Alfie said...

memang indah disengat cinta. kala, cinta menutup pintu, kita tersandar dipintu berdoakan agar momen itu hanya mimpi. celik mata nanti kita adalah semalam. sesungguhnya kita hidup dengan momen lalu, kita hidup dengan itu. yang beri kita semangat saat air mata laju menuruni pipi, sedu sedan merangkul sesuatu menggantikan sekujur tubuh yang pernah dipeluk sebelum. pada aku, yang baru masih tidak semegah terdahulu. tamak sangat tak?