Sunday, April 22, 2012

Dia Comel;


Dia comel, sumpah dia memang comel.

Tapi kau tahu yang dia bukan milik mutlak kau. Kau hanya mampu melihat dia dari jarak yang terlalu dekat, tetapi kau tak dapat menyentuhnya. Ada sekali lenggan kau bergesel dengan tangan dia, dan kau anggap itu sentuhan yang sengaja dirancang oleh dia. Ya, sebab kau tak mahu dianggap beranggan atau syok sendiri.

Tadi, baru tadi. Kau curi-curi pandang dia dari celah kerusi hadapan. Itu pun kau anggap bertuah, dapat memiliki satu perasaan yang hebat. Dia terlalu comel untuk kau, dan kau tahu yang kau hanya mampu melihatnya dari celah kerusi itu saja. 

Segalanya bergerak pantas. Cukup pantas, hingga kau sendiri tidak sedar. Hati kau hancur bila kau dapat tahu yang hati dia sudah dimiliki si sundal wanie. Bertapa kau kecewa dan segalanya berguguran macam helaian dedaun di tanah perkuburan.

***

No comments: