Monday, December 19, 2011

Mimpi Semalam;


Semalam saya bermimpi. Dalam mimpi saya engkau datang. Diam. Hanya ada rupa, tapi samar-samar. Saya cuba renung raut rupa engkau. Tiap kali saya mencuba. Tiap kali itulah raut engkau berubah - tidak macam dulu.

Saya fikir. Mungkin sayang saya pada engkau makin berkurangan - sebab itulah raut rupa engkau samar-samar macam kelip-kelip; bercahaya tapi tak berupa. Saya fikir dalam-dalam. Sebenarnya saya nampak diri saya sendiri yang semakin menghilang dari engkau.

*** 

Saya terjaga dari lena dan kemudian murung dalam raut yang duka. Tapi saya tak perlu paparkan raut rupa itu. Saya takut, kawan-kawan akan bimbang. Biarlah saya begini dan terus begini bagai melukut di tepi gantang.


2 comments:

hanaahmad said...

simpan rasa supaya rakan tidak mengetahuinya. peritnya rasa.

taufek husin said...

@hanaahmad

sangat perit..