Sunday, December 18, 2011

Jerat yang Membelit;


BUKU: JERAT
PENULIS: Dayang Noor
TERBITAN: Fixi
TAHUN: September 2011 ( cetakan pertama )
CARA DAPAT: BELI RM20, MPH Midvalley


Wajib baca. Serious shit, aku tak pernah suka penulis perempuan. Tapi Dayang Noor buat aku makan statement sendiri. Tabik untuk penulis Jerat.

Malas nak tulis banyak, Jerat antara buku terbitan Fixi yang berbaloi-baloi. Aku post review ni walaupun ada saki-baki tigapuluh mukasurat lagi. Boleh!

Realisme dalam buku ini digarap kemas, walaupun aku ada skip bab-bab tentang programmer IT. Mungkin penulis nak tunjuk hardcore hingga terbawa-bawa dalam penulisan dia. Apa-apa pun Dayang Noor telah membuat aku terlopong dengan watak Melia. Tak sangka Dayang Noor mampu berobservasi dengan karektor Melia hingga ke penghujung cerita.

Aku rasa buku ni ada nilai. Tak perlu melodrama konvensional melampau macam Ombak Rindu. Macam biasa. Aku berdiri dan bertepuk tangan. 
Superb!

2 comments:

D.N.A.S said...

Terima kasih bro! Part IT tu, saya ambik surface je. Takde details. Kalau letak details, confirm semua orang yang baca akan muntah darah. Hahahaha!

taufek husin said...

Haha.. bukan takat muntah darah jew.. terus kafan kan.. klu detail baik beli buku programmer C++