Wednesday, December 7, 2011

Engkau dan Saya;


Inilah kisah hidup saya.

Awal Disember. Tarikh yang sama. Saya sunyi dan terasing. Hidup saya kini macam telur di hujung tanduk. Tidak seimbang. Hari itu. Tarikh yang sama, saya masih tak lupa. Bagaimana saya diuji Maha Suci Tuhan tentang satu kematian.

***

Peristiwa ini terjadi pada satu malam dalam tahun duaribulapan. Nama engkau Abdul Sukur B Mohamad. Saya jumpa engkau di Seremban empat tahun sudah. Waktu itu tengah malam dan komuter sudah lama ghaib ke Rawang.

Saya masih ingat di bawah lampu jalan, engkau berdiri dengan topi kepala hitam dan baju merah. Membawa saya terus ke daerah asing. Yang saya sendiri tidak tahu bagaimana ianya bermula.