Sunday, October 23, 2011

Sistik Fibrosis;


Batuk saya makin kronik. Saya jadi paranoid. Bila saya batuk, dada saya macam dihempap batu besar. Saya urut. Usap dada saya guna Vicks Vaporub.

Batuk saya makin kronik. Saya jadi paranoid. Engkau suruh saya makan madu. Saya makan. Engkau suruh saya minum 100plus. Saya minum. Engkau suruh saya pergi hospital jumpa doktor. Saya tak mahu. Sebab saya benci hospital. Hospital buat saya jadi sakit.

Saya mula membilang hari. Mungkin hidup saya tidak lama. Percayalah saat saya menaip ini saya masih lagi batuk-batuk.

Saya percaya, setiap sakit yang menimpa saya adalah hukuman tuhan, diatas kelancapan saya dahulu. Dan saya harus menerimanya. Sama seperti engkau menerima saya, waktu saya berkurap ditepi jalan hari itu.


2 comments:

zeyana husin said...

Apo2 ajo

perempuan said...

musim kot. budak rumah aku pun batuk kronik juga.