Tuesday, September 6, 2011

Rumah Abah;


Malam terakhir di rumah abah. Saya sedang terbaring bersama kenangan. Biarpun tawar, tapi saya gembira. Dua minggu lalu saya jadi tempang dan buta. Dan ketika itu hujan terus-terusan turun sama seperti malam ini.

Rabu malam khamis. Saya tidur di tengah-tengah antara bilik lena abah, bertemankan kain pelikat kotak-kotak milik dia. Dan tengah malam tadi saya tersentak bangun oleh resah-resah abah yang lena di bilik sebelah.

Mata saya berat, tapi saya tidak boleh lena bersama kenangan yang tawar ini. Beberapa saat kemudian, matahari telah bersinar dengan teriknya. Tak dapat saya ceritakan bertapa deritanya saya semalam untuk lena di rumah abah.

***


6 comments:

Waqheh said...

rumah lu dulu tiap kali raya gua dpt lihat meriahnya raya..mercun bung bang tak henti...suatu ketika dulu arwah mak lu masih ada...

perempuan said...

Kenangan boleh jadi yang terindah, atau yang terpilu.

Rumah mungkin suram tanpa dia. Begitu juga hati, bungkam.

Unknown said...

@Waqheh

sungguh bagai dikata. itu zmn gilang-gemilang raya di kg masjid. lani pun best jgk. mgkin sbb gua dah makin tua. haha

Unknown said...

@Perempuan

setuju. yg sudah pergi jgn dikenang-kenang sngt. nnti melara diri.

zeyana husin said...

Sapakah waqheh Itu...kebarangkali ak kenal

kuera said...

tulisan yang memiliki simbolik...suka...