Wednesday, August 24, 2011

Tercari-cari;


Mata kiri engkau masih lagi berkedip macam pondan ting-tong.

Engkau sudah mula bosan dengan firasat dan mainan hati yang tak henti-henti buat hulu hati engkau jadi pedih macam ada bendasing yang mengalir balik dari perut hingga kebawah esofagus. Engkau fikir semuanya karut-marut-mencarut.

Engkau naik bas 500. Engkau bayar tambang. Engkau ambil tiket dan engkau pejamkan mata hingga engkau sedar yang destinasi engkau sudah terlajak jauh disebabkan kelalaian engkau mengejar liberalisasi songsang. Kemudian hidup engkau dirundung malang yang panjang. Murung dan depress.

***

2 comments:

Nurarnida Sabrina said...

mata berkedip mcm pondan ting tong? macam mn tuh? sila tnjukkan

Unknown said...

macam ni.. nmpk tak?