Monday, August 15, 2011

Separuh Ramadhan;


Tingkat empat di bangunan itu.

Malam ini bulan penuh. Bilik empat katil ini terlalu asing buat engkau. Hidup engkau kini bagai di apung-apung. Pembuluh darah engkau jadi kecut, sistem sirkulasi engkau tidak berfungsi. Dan engkau sedang menggigil dalam selimut putih berbenang nylon itu sekarang.

Dugaan apakah ini. Besar sungguh hingga engkau yang kerdil ini tak mampu menanggung segalanya. Malam ini, di bilik empat katil ini engkau sedang menangis sedih. Tercunggap-cunggap meratap nasib duniawi yang dihujung-hujung jalan. Hidup engkau kini bersaki-baki sifar.

Saat ini, vena masih lemah membawa khabar gembira ke jantung. Ateri masih menunggu tanpa jemu bersama kapiler yang keresahan. Dan kelopak mata kiri engkau masih berkedip-kedip macam pondan tingtong. Tanda apakah ini? Ocular. Orbital.

***


3 comments:

Azham Vosovic said...

sedih... ni kisah si jantung....

khairulqs said...

Semoga sihat dan cpt sembuh.. :)

Sang Tekukur said...

terima kasih. moga segalanya lancar