Sunday, August 14, 2011

Legenda Jepun;


BUKU: BISIKAN PARADOKS
KARYA: Junji Ito
TERBITAN: Gempakstaz
TAHUN: Mei 2011 ( cetakan pertama )
CARA DAPAT: Beli RM8.50, Kinokuniya KLCC



Garapan Sensei Seram Tersohor Jepun Junji Ito memang buat aku tak senang duduk. Membaca buku grafik ini, seolah-olah engkau sedang berkhayal dalam halusinasi kronik dunia paradok yang angker.

Junji Ito seorang genius mangaka, dia tahu apa yang peminat genre seram mahukan. Setiap plot penceritaan divisualkan dengan begitu realistik sendiri. Buku ini diinspirasikan daripada dua cerita, Bisikan Paradoks dan Wanita Angker.

Bagi aku cerita Wanita Angker agak seram. Engkau boleh imagine bagaimana virus boleh merebak melalui lidah. Jika difikirkan bagaimana virus itu disebarkan, memang meloyakan anak tekak. Cara lidah itu ditarik keluar dari mulut dan cara lidah itu melompat-lompat mencari perumah boleh membuat engkau tak lena tidur. Teringat-ingat.

***


4 comments:

eLL said...

yay, nak beli

Anonymous said...

kat MPH ada tak?

Sang Tekukur said...

@ell

beli jgn tak beli.. tak rugi pun.

Sang Tekukur said...

@Anonymous

ada kot.