Tuesday, August 30, 2011

Hujan di Aidilfitri;


hari ini hari raya. engkau sedang terbaring atas katil dalam bilik arwah emak engkau yang sudah lima tahun tidak raya bersama. tiba-tiba engkau jadi sesak. nafas engkau turun naik. kepala engkau sakit rasa macam dijerang api panas. jiwa engkau kacau. melayang dan terbang bersama berjuta-juta hama parasit kenangan yang karut.

hari ini hujan. lampu kelip-kelap yang engkau beli semalam masih terpasang hingga tangahari tadi. warna kelip-kelap itu buat engkau berhalusinasi dalam kenangan karut yang engkau cipta semalam bersama sang pari-pari.

***

esok masih hari raya. dan engkau masih beraya bersama mereka yang engkau sayang. walaupun kadang-kadang engkau terfikir untuk lari dari hama parasit kenangan karut yang engkau cipta bersama sang pari-pari dari celah pokok palas itu. engkau berdoa agar semuanya menjadi okay dan engkau kemam dalam-dalam. tiba-tiba pandangan engkau kabur. dan rambut engkau gugur.


6 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya sang tekukur jantan

-kawan lama-

JoHn said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Maaf Zahir dan Batin

Nur Aizureen Md Zahir said...

selamat merdeka raya :)

Nurarnida Sabrina said...

Masalah keguguran rambut? Yun nam hair care salah satu penyelesaiaannya.


HAHAHA

Sang Tekukur said...

@ John

Selamat hari raya. Maaf Zahir n Batin.

Sang Tekukur said...

@ Nur Aizureen Md Zahir

Selamat Merdeka raya. Berkat sungguh negara kita. Merdeka di bln syawal.