Wednesday, August 10, 2011

Dua Alam;


BUKU: DARI ALAM ANGKER WARISAN PUAKA
KARYA: Nizam Bachok
TERBITAN: Gempak Starz
TAHUN: Julai 2011
CARA DAPAT: Beli RM6.50, Alamanda Putrajaya



Buku Grafik ini adalah himpunan lima komik Nizam Bachok yang tersiar dalam majalah Gempak. Membaca setiap helaian buku ini kadang-kala membuatkan bulu roma meremang - seram sejuk. Tapi sekejap saja. Mungkin cara pendekatan yang diambil oleh Nizam Bachok seakan realistik dan dekat dengan rona kehidupan orang kita.

Penceritaan visual serta corak lakaran seakan mengena. Stock dan art line nampak lain dari yang lain, ini membuat buku grafik ini sesuatu yang tulen dan angker. Tak hairanlah, Nizam Bachok antara pelukis komik melayu yang hebat di Malaysia. Kredit untuk anda.

Aku tiada masalah dengan buku ini, penceritaan yang simple dan kemas. Pengakhiran setiap cerita yang superb, sedikit tergantung dan di biarkan misteri. Cerita Anak Patung Manisah antara satunya. Nilai humanisme dalam setiap cerita membuatkan aku terfikir, bertapa hebatnya cerita-cerita paranormal orang kita, tapi dari sudut persepsi yang berbeza.

***

4 comments:

Anonymous said...

menarik

Unknown said...

@Anonymous

beli la.. tak rugi pun

Waqheh said...

wei taufik. hang dok mana la ni?

eLL said...

adehhh
belom jumpa lagi la...
adui nak beli katne