Wednesday, June 22, 2011

Keretapi Tanah Melayu;


Ingat-ingat lupa. Ingatan engkau semakin terhenti. Sudah seminggu engkau berada di stesen kereta api itu. Berdiri. Terduduk. Berbaring. Terlentang. Merangkak di bangku panjang yang telah disediakan. Sesekali engkau memandang kearah utara dan selatan, melihat-lihat kelibat kereta api dengan penuh harapan.

Suasana pagi itu hingar penuh dengan suara. Ada yang garau, ada yang kepit, ada yang bisu. Kepala engkau pening sungguh, semua benda yang engkau pandang seolah melambai-lambai. Ini sudah kronik. Atau engkau sudah mereng.

***

Engkau penat menunggu, bosan dan muntah darah. Makhluk yang engkau tunggu belum lagi muncul tiba. Engkau jadi pasrah. Sumpah seranah berkepul-kepul keluar dari mulut engkau. Memang babi. Fucking prick! ..@$$^*&*?":}+*


2 comments:

Waqheh said...

sapa yang kau tunggu tu bro...maki kepala berjabu...

teKukur Jantan said...

Keretapi la..