sireh junjung tanda metafora dua cinta
Deco by | daunsireh collection
Berubah itu adalah pilihan. Kami bukan tuhan - boleh ubah nasib orang. Percayalah yang kami ini bukan anti-pilihan; kun faya kun. Kami benar-benar mahu tolong dan beri dorongan.
Memadamkan cerita lama memang sial dan gampang. Cubalah telan jangan luahkan. Kemam lama-lama, mungkin ada magik yang boleh mengubahnya jadi gula-gula. Kami! Jangan fikir pasal kami; kami cuma kawan-kawan. Selagi kami mampu, kami akan mempertahankan kamu dari jauh. Jauh melalui masa. Jauh menyelami rasa. Jauh memahami jiwa.
Buat kamu. Selamat menyarung cincin pertunangan. Semoga pilihan spora cinta kamu tepat. Kami akan menyusur nanti. Bila ada masa dan kelapangan dari dalam lubuk meteor ini.
***
~ Zahir & Rehan ~
1 Mei 2011
4 comments:
seriuslyyy????? abg zahir tunng da?
sudah selamat pun
ok ade skit genang air mata bile bace. time kasih topet!
Tahniah Zahir
-kawan lama-
Post a Comment