Thursday, May 5, 2011

Rehabilitasi;



Lelaki radikal itu tiap kali mencipta alasan. Mata kirinya yang berkulat, kini sudah tumbuh lalang - panjang dan semak.

Melepak di Klinik Kerajaan bersama bakteria dan virus membunuh sarafnya yang semakin lemah. Jiwanya kini remuk. Terpenyet dipijak-pijak lelaki Diabetes Mellitus berseluar short khakis bersaiz gergasi.

Berapa lama lagi perlu menunggu. Sehari. Seminggu. Juburnya sudah berakar. Menjalar. Melengkar hingga ke kaki langit berbumbungkan rediasi.

Di depannya ada nombor digital berkelip-kelip macam pondan ting-tong. Bunyi itu seringkali membunuh neuron otaknya. Sekarang lelaki itu benar-benar lumpuh dan capek.




Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Anda tetap akan di layan sebentar sahaja lagi.

2 comments:

poppy dy said...

Cerita apa ni? Kurang jelas.

teKukur Jantan said...

metafora menunggu giliran di klinik kesihatan kerajaan.