Monday, April 11, 2011

Semacam Kepuasan;



Hujan renyai-renyai.

Berjalan dari LRT Bangsar ke Jalan Telawi memang penat. Aku menapak - besarkan langkah. Lepak Bangsar petang tu, memang ada aura. Aku bukan optimistik, cuma antropologi.

Berpusing-pusing aku cari Silverfish. Tanya sana. Tanya sini. Orang Bangsar memang perihatin. Kredit buat kakakmanisbertudunghitamgempalberisi, yang bersusah payah tunjukan arah. Aku jadi bunga-bunga.

Sampai. Naik tangga kedai. Buka pintu. Wahhhhhhhh

Empat buku aku beli.
Pasca Manusia ( Sufian Abas )
Laut Lebih Indah Dari Bulan ( Antologi Skrip Teater Nam Ron )
Nota-Nota Gila ( Mohd Jayzuan )
Nyaman Si Puding Roti ( Cikha Sidinaali )

Bayar. Buka pintu. Turun tangga. Perghhhhhh

Semacam kepuasan.

3 comments:

Anonymous said...

semcm kepuasan=puah do'oh!!!!

teKukur Jantan said...

aku tau mu sapa?? Kelantansm

Anonymous said...

aku pun ada koleksi buku tu.. Nota-nota gila mcm best je