Tuesday, April 12, 2011

Kisah Maisarah;

Bacaan minda matang sahaja.

Hati Maisarah terbakar rentung. Rasa sial menyelinap seluruh saraf dalam alur darah. Mata Maisarah merah tersembul. Jiwanya bagai dicincang halus selumat cili yang dikisar.

Babi. Sial. Maki maisarah.

Dia baru saja terpandang satu adegan yang membunuh sel neuron otaknya.

Iskandar baru saja selasai menghadap nasi lemak limapuluhsen. Sambal ikan masin Cik Nurul sedap sangat. Laju Iskandar makan, sampai dijilat-jilat daun pisang.

Cik Nurul menghabiskan sisa terakhir aiskrim Cornetto Classic Chocolate yang Iskandar bagi tadi. Sedap sungguh, hingga meleleh-leleh ke celah jari. Nurul jilat, rakus - nikmat.

Maisarah rasa nak muntah. Iskandar dan Cik Nurul pandang Maisarah. Serampang tiga mata. Iskandar dan Cik Nurul terasa loya, perut memulas-mulas. Mereka bermuntahan. Semakin lambak muntah mereka hingga membanjiri ruang kawasan itu. Baunya hanyir macam dalam kandang babi.

Iskandar pandang Cik Nurul. Cik Nurul pandang Iskandar. Maisarah pandang Iskandar dan Cik Nurul. Iskandar dan Cik Nurul bangun, tukar meja.

Mungkin kita yang tak tahu. Sebenarnya Maisarah adalah seekor kucing kurap yang terbiar dan dia lapar.

Miaw. Miaw.

2 comments:

Anonymous said...

buat suspense je..

-kawan lama-

eLL said...

adoi. ingatkan cinta 3 segi