Tuesday, April 5, 2011

Sedang Membaca;


Buku: Kasut Biru Rubina
Penulis: Sufian Abas
Terbitan: Sang Freud Press
Mukasurat: 76
Tahun: 2008
Cara Dapat: Beli RM15 + RM5 (duit pos laju), esastera.com

BUKU INI HANYA LAYAK UNTUK DIMILIKI OLEH MINDA MATANG SAHAJA


Rating: ****1/2

Saya paparkan novel alternatif yang saya beli secara online di kedai esastera. Sejak saya berjinak-jinak membaca koleksi fiksyen pop tulisan Sufian Abas; Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca. Saya berhalusinasi dan terus menjadi kipas susah mati Sufian Abas secara diam. Buat anda yang berani membaca karya-karya luar biasa underground, karya Kasut Biru Rubina ini akan membawa anda meneroka alam yang lagi satu - alam penuh dengan pari-pari dari kayangan dan hujan lebat di tengahari.

Dalam koleksi ini idea Sufian tidak terbatas - mengalir dengan kegilaan yang tidak masuk akal dan terus berlegar hingga otak saya tidak dapat menerimanya secara realiti. Bagi saya Kasut Biru Rubina sebuah naskah yang menghiburkan. Bacalah, tak rugi pun.

*****

"Buat pertama kali dalam hidupnya, Husen Jatuh Cinta. Cinta dengan huruf besar C. Cinta yang didendang dalam lagu. Cinta yang dilafaz dalam puisi. Cinta yang ditulis dalam buku."

*****


4 comments:

Anonymous said...

aku dah baca.. buku ni dah lama kuar.. lambat le ko, tekukurjantan.

Unknown said...

Anony: lambat asal selamat..

Nizam Ahmad said...

aku ada buku ni.. sangat best!

Unknown said...

hingga menjilat jari