Thursday, April 7, 2011

HitamPutihKehidupan


Hari ini khamis malam jumaat. Hujan turun lebat. Langit hitam pekat bercampur dendam.

Di satu sudut engkau duduk termenung kesejukan. Peritnya sampai ke sum-sum. Engkau tahan, fikir engkau ini memang kerja gila. Lebih baik engkau lepak rumah layan Astro Ria. Engkau sumpah seranah dalam hati.

Mata engkau meliar, engkau cuba usha kalau-kalau ada mangsa malam ini. Dari pagi engkau kebulur tak makan. Duit poket engkau sudah kering. Engkau malas nak kerja, sebab engkau fikir ini kerja mudah boleh bagi engkau untung juta-juta.

Engkau tekad. Apa nak jadi, jadilah. Sudah lama engkau plan rancangan ini. Dulu engkau ada rakan kongsi. Tapi dua hari lepas dia mati kena bunuh. Nama dia Farouk Hassani. Dia kena bunuh dengan kejam. Engkau jadi sedih.

Masa sudah suntuk, engkau malas nak tunggu lama-lama. Lagi cepat, engkau settle kerja gila ini lagi bagus. Lambat sesaat alamat engkau kebulur malam ini.

Mangsa sudah dekat. Engkau rapat dari belakang. Engkau buat serang hendap macam komando. Makin rapat. Malam ini pasti engkau dapat makan besar. Engkau terlalu berkhayal sampai engkau jadi leka. Engkau sedar, tiba-tiba.

***

Pap!

***

"Celaka punya nyamuk".

TAMMAT


4 comments:

Anonymous said...

hahaha.. macam harammm.. nyamuk rupanya

ZAARA QISTINA said...

follow blog neh... do follow my blog jugak.. =)

Unknown said...

Anony: Nyamuk pun suka tgk Astro Ria ok..

Zaara: i follow u

Anonymous said...

Farouk hassani tu bukan tauke hasani book store sungai petani ka topet?