Thursday, June 10, 2010

di langit sarang tekukur

dulu masa kecil-kecil aku selalu tgk abah keluar jalan-jalan cari sarang burung tekukur. abah mmg suka bela burung, dia suka dengar bunyi burung tekukur pepagi - mcm boleh hilang stres katanya.

ada jugak, kadang-kadang aku keluar mencari sarang burung tekukur sorg diri. apasal?
abah aku tulah yang selalu sarankan secara tak langsung, walaupun aku mmg tak minat membela burung.

setiap hari dia asyik bercerita tentang burung tekukur. katanya - tekukur ni tak suka hidup berkelompok, biasanya hidup bersendirian. ada semacam yang membuat aku terfikir, katanya lagi - burung tekukur ini jenis burung yg suka meletas di sarang burung lain, lalu membiarakan anak-anak mereka membesar di situ jugak. di dalam sarang burung lain.

***

senang cerita burung tekukur ni, mmg tak guna. samalah macam perangai 'seseorang' tu kan? kamu.. kamu tak rasa macam tu ke?


1 comment:

Ac by Acid said...

ni pon bermaksud....like it..