Tuesday, June 4, 2013

Jatuhnya Sang Rindu;


Dia lelaki yang hilang. Hingga kini masih gagal dikesan. Ramai yang kata, dia sudah lama mati. Kau hanya diam, dan kau percaya yang dia masih merayau-rayau diluar sana. Setakat itu saja yang kau tahu.

Semalam, saat kau tampal poster lelaki hilang dengan muka dia terpampang di ruang tengah risalah sebesar tapak tangan itu, kau dengar suara menggema seperti iblis. Dalam ketakutan kau berlari dan telapak kaki-terlapak kaki di belakang kau juga berlari mengejar semakin dekat. Kau tekad, berhenti dan menoleh kebelakang, dengan harapan itu semua halusinasi.

Seperti selalu, klise cerita rindu.

Dia, lelaki yang hilang tidak berkata sepatah pun lalu memeluk kau dengan kejap. Dalam bayang-bayang dia seolah menjadi seratus orang lelaki yang memeluk kau sekaligus, dan kau kembali memeluknya seakan kau sedang memeluk lelaki yang tersesat berkelana seribu tahun. 

Dia memeluk kau di tengah-tengah keramaian orang yang lalu-lalang, dan kau mengusap keringatnya dengan haruman wangian perfume yang keluar dari badannya. Tubuh kau terkena bau itu dan kau cuba untuk menghilangkannya, namun itu sia-sia. Bau kematian mana mungkin akan hilang. Dan bauan itu melekat hingga ke saat ini.

No comments: