Sunday, June 2, 2013

Bisik Yang Membisik;


Buku : BISIK
Penulis : Syaihan Syafiq
Terbitan : Buku Fixi
Tahun : April 2012 ( cetakan pertama )
 

Aku punya pendapat sendiri, jika seorang penulis lelaki  itu mempunyai sedikit sifat feminine dalam dirinya, maka buku yang dikarang akan success. Erti kata lain sedikit kelainan dari unsur penulisan mereka yang maskulin.

Bisik adalah dunia Syaihan Syafiq. Syaihan Syafiq mempunyai kelebihan kerana dia sendiri lahir dari bidang seni teater, dan dia sendiri pandai bercerita membuatkan buku Bisik ini menjadi masterpieces untuk Fixi.

Apa yang menarik tentang Bisik adalah latar tempatnya di sekitar Bandar Baru Bangi. Dan apa yang lebih epik, lokasi yang diceritakan dalam Bisik terlalu dekat dengan aku, kerana aku sendiri menetap di area itu.

Bisik lebih bersifat thriller. Buku ini penuh dengan teknik penulisan yang cemerlang, kau akan rasa terbuai ketika membaca Bisik. Dan jangan pernah berhenti membacanya kerana itu akan membantutkan mood dalam proses kau mengenali siapa sebenarnya Nazzman dalam hidup Mikael. Seks, sumbang mahram tak pernah lari dari Fixi dan itu aku perlu bagi kredit. 

Bisik sedikit psiko dan penuh tanda tanya. Membaca Bisik membawa kau ke satu dimensi penulisan baru anak-anak muda Malaysia. Penuh dendam, kerat-kerat, darah dan seks. Syurga dunia.

Apa-apa pun aku lebih gemar tulisan Syaihan Syafiq untuk Kopi dan KLCC. Ada sedikit umph! Macam aku cakap pada awal-awal tadi, jika seorang penulis lelaki  itu mempunyai sedikit sifat feminine dalam dirinya, maka buku yang dikarang akan success.

Aku senyum sedikit. 


3 comments:

Shaqir Ir Manz said...

Bisik my 1st fixi aku baca... overall ok je, cuma bila baca review ko ni, rasa mcm nk baca balik bisik ni...huhuhu

KonspiMaker said...

Latar belakang Bangi?So harus baca ni..

taufek husin said...

Shaqir:
Tu dia depa, dan dan nak baca balik. huhu...

KonspiMaker:
Dia kan ExUKM so dia cerita tempat2 yg dia pernah pergi la kot.ada jgk cerita peribadi dia dlm ni, tp yg lain tu dia up kasi fiksyen skit