Monday, December 26, 2011

Dulang Pulang Ke Ganggang


Engkau ini manusia parasit; menumpang dan melarat. Bila engkau lihat diri engkau sendiri, engkau jadi kecut.

Hidup engkau kini melata, mujur ada yang mahu ambil peduli. Engkau fikir sampai bila. Mungkin esok lusa kawan-kawan sudah mula jelak dan buang engkau dalam tong sampah besar bawah rumah mereka. Waktu itu mungkin tempat engkau ditepi tangga meminta sedekah. Mungkin.

Apakah nasib engkau. Diuji sebegini rupa. Malang apakah yang engkau junjung. Engkau tak stabil.

Engkau menangis setiap malam bila bulan mengambang penuh. Melihat diri engkau sendiri yang naif dan melarat.

No comments: