Lama saya tidak menulis. Terlalu banyak komplikasi yang berlaku dalam hidup saya waktu ini. Bunyinya agak klise dan sadis. Tapi itulah kebenaran, bila kita diuji tuhan tentang sebuah kematian. Tapi sebagai manusia yang masih punya nyawa. Saya perlu tabah dan kuat. Ini kerja tuhan.
Saat ini, saya hidup hanya untuk satu perjanjian. Ini perjanjian keramat dan saya tanam dalam lubuk hati saya.
Kematian adalah satu perkara yang normal. Mungkin cara kita mati itu berbeza-beza. Ini juga satu perjanjian sebenarnya. Semuanya sudah dibukukan. Mungkin kita sengaja atau buat-buat lupa, sebab kita fikir dunia ini terlalu seronok untuk dikejar.
Mungkin saya salah. Dan mungkin juga awak betul.
8 comments:
Be strong
Kematian itu sebenarnya dekat sahaja dengan kita, cuma kita yang menidakkan kedatangannya.
tabah wahai adikku..aku pun rasa sgt sedih apatah lagin insan yg terdekat n terrapat
mahai ayarq mata tu..seliter bapa duit agak2?
Al-Fatihah.Be strong ya abg Topek
kuat topek.......................alfatehah to him......insyllah
sabaq bro...
sedih sangat laa...mudahan ia tenang di sana...aminn..
Post a Comment