Wednesday, August 3, 2011

Obliviate;


Petang itu, engkau sedang duduk menghadap meja empat segi sama sisi di tingkat dua rumah mereka. Meja itu sederhana kecil, tapi utuh. Diatasnya terhidang sisa lauk-pauk yang dialas dengan helaian surat khabar Kosmo. Engkau dihujung bucu meja bertentangan dengan mereka seolah mengepalainya dari mula.

Ini soal kehidupan. Mengapa dan kenapa, engkau dan mereka memilih haluan yang terlalu liberal, itu persoalannya. Engkau mula bercakap. Macam-macam keluar dari mulut engkau, jatuh satu persatu diatas meja - berlonggok. Setiap satunya berbaur kenangan yang dayus.

Engkau diam.

Kemudian kawan engkau pula mengambil tempat. Cakapnya laju, berterabur satu persatu diatas alas surat khabar Kosmo. Dari mulutnya terkeluar segala sisa-sisa kehidupan yang tidak terlalu optimistik. Masa silamnya terlalu komplek dan penuh dengan rumus.

Kawan engkau diam.

Kemudian kawan engkau yang seorang lagi diam. Mulutnya seolah berjahit. Engkau dan kawan engkau yang seorang lagi memandang sesama sendiri. Kawan engkau yang seorang lagi yang mulutnya berjahit itu, terus-terusan menjahit mulutnya sendiri. Darah mula meleleh hingga ke dagu, kemudain bertakung disitu. Membusuk dan berulat. Pekong didadanya tertutup rapat seperti juga mulutnya.

***

Tidakkah rahsia itu sememangnya untuk disimpan.

7 comments:

Anonymous said...

rahsia itu hak milik setiap insan...sometimes,bukan senang utk membuka rahsia..insan2 terpilih jek menjadik tempat rahsia terus-terusan dibocori..so,jadiklah insan terpilih itu golongan yg disenangi dan diredhai(tibaah jah!!)..dan salah seorang insan terpilih itu adalah dhil sukarna...omaigod!!

Sang Tekukur said...

ko ingat ko Harry Potter la.. Avada Kadavra

nuruhuda_329 said...

opsss nota jiwa derita..sayu nya name belog dia hehehe :P

Azham Vosovic said...

hehehe, terasa sgt baca entry ni hehehehhehe

Sang Tekukur said...

nuruhuda: sang tekukur seorg y jiwang

Azham: huhuhu

baronWanderer said...

rahsia bukn utk diluahkan sewenang-wenangnya...
hanya diluahkan pada yang dipercayai dan memahami

Sang Tekukur said...

baron: tapi ianya bukanlah sesuatu yg abadi