Sunday, July 24, 2011

Slurp!


Bilik ini terlalu kotor. Ada kesan mani, melekit di tilam - tengik. Lebih tujuhbelas hari hujan tak turun. Tengahari itu panasnya membakar. Bahang panas meruap hingga ke dalam ruang roma kulit.

Telinga masih berkudis. Sakitnya berdenyut-denyut. Menyucuk gegendang. Dhil Sukarna bingkas bangun. Selimut dikuak ketepi. Dia bersila dihujung katil. Haiqall berdengkur terlentang disebelah, tidak bergerak masih diselubungi mimpi.

Pandangan Dhil tertumpu pada tingkat bilik di tingkat dua. Dihujungnya ada kenangan yang tidak mungkin Dhil Sukarna lupakan.