Cerpen ini direka untuk pertandingan cerpen "Kasino" keluaran Fixi |
Kepala wawa berat. Silau pagi itu membunuh tidurnya. Wawa gagah bangun, dia masih dalam halusinari kronik - antara sedar atau tidak.
Ruang pagi itu terlalu ganjil. Malam semalam dia mabuk. Masih ada bau alkohol di mulutnya. Pekat. Melekat. Ya! dia mabuk Kasino. Patutlah mainnya semalam pincang. Sumbang.
Tok! Tok! Tok!
Wawa terkejut. Terkejut menerima ketukan seawal itu, apatah lagi di waktu sebegini. Wawa berjalan menuju pintu, membukanya.
"Boleh saya masuk?"
Wawa tidak menjawap, tetapi tetamu itu meluru laju, menerpa masuk kedalam tidak diundang. Biadap!
"Apa yang kau mahu?"
Wawa gelisah, dengan kudrat yang ada dia gigihkan juga berjalan menuju kerusi tempat tetamu itu bertenggek. Tersenyum dengan dua tanduk di kepalanya.
"Seharusnya kamu gembira dengan kehadiran saya."
"Untuk apa? Kau iblis laknat."
"Bukankah kita ini bersaudara?"
Wawa menundukakan mukanya, dia terbukam. Matanya tajam memandang lantai tidak bertikar itu untuk beberapa minit. Mulutnya berat untuk berkata-kata. Terasa seperti lahar neraka membakar dari lubuk hatinya. Panas. Berbahang. Wawa merasa rimas.
Lekas Wawa bangkit. Berlari-lari menuju terus ke jendela balkoni. Membukanya. Angin selatan menderu masuk, menerpa memukul seluruh anggota badan. Dia kini, sedang berhalusinasi dengan dirinya sendiri. Di hujung ruang balkoni apartment rumahnya, wawa menjerit sekuat hati.
"Aku murtad! Masuk neraka Jahannammmmmmmm!"
***
Iblis itu dari tadi, hanya memandang tidak berkelip. Ada sinar baru di matanya. Berkilauan. Bagai meraikan pesta kemenangan.
No comments:
Post a Comment