Tuesday, May 17, 2011

Anak Ikan KOUGAR;



Buku: KOUGAR
Penulis: Shaz Johar
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: Mei 2011 ( cetakan pertama )
Cara Dapat: Beli RM20, Pesta Buku Antarabangsa KL (PWTC)




KOUGAR tidak selancap CEKIK.

Jalan cerita simple, tidak bersimpang-siur dan tidak terlalu menCEKIK dengan babak-babak flash back yang membunuh otak.

*****

KOUGAR mengupas nilai feminisme cetusan Judith Butler secara pro dan kontra. Bertapa wanita itu mempunyai hak dalam menyuarakan pendapat, dan tidak seratusperatus dibawah telunjuk lelaki. Sengaja atau tidak Empower of Women itu sendiri telah terhidang dalam KOUGAR.

Apa yang lebih menarik setiap sudut penceritaan seakan-akan tersirat. Dapat dirasakan yang Shaz Johar pernah mengalami situasi yang sama, tetapi dalam keadaan yang songsang - maaf jika aku salah, ini apa yang aku rasa.

Melodrama dalam halaman seratussembilanpuluhsembilan benar-benar memukul cerebellum otak aku. Penerokaan yang berani tapi masih terkawal oleh Shaz Johar. Kredit untuk penulis. Selalunya manusia secara fitrahnya memandang sesuatu perkara itu bersifat konvensional stereotaip, Razif imam muda sebagai contoh. Pada pandanagn orang kampung, imam muda itu warak tapi malangnya secara realiti Razif seorang psycho dan tidak semua imam itu tempatnya di Jannah.

KOUGAR penuh dengan konflik dan drama. Rasa terapung-apung semacam menonton Sinetron buatan tempatan. Jarang sekali kita melihat penulis lelaki menulis kisah-kisah klise kehidupan wanita, namun Shaz Johar mampu membawanya dengan sorotan yang berbeza. Bagi aku, hanya lelaki yang tahu memuaskan lelaki.

Ada aku kesah!


4 comments:

jejaka anggun said...

bole lah baca page tuh nnt.... thx for the review...

teKukur Jantan said...

plus halaman seratusenampuluh.. page tu pun aku suka... ok2 saja

Gme Ash said...

hmm.. review yg menyegarkan. tahniah!

teKukur Jantan said...

Gme Ash: Terima Kasih!