Thursday, April 28, 2011

Tercekik Gula-Gula Getah;


Buku: CEKIK
Penulis: Ridhwan Saidi
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: Mei 2011 ( cetakan pertama )
Cara Dapat: Beli RM18, Pesta Buku Antarabangsa KL (PWTC)



Dari kaca mata Clubmaster seorang amatur; maaf kalau aku salah.
***
Terangsang dan menegang. Bagi aku CEKIK bukan novel porno picisan sebarangan. Buku ini digarap baik dan penuh dengan sinikal, punya isi serta fakta yang bermoral. Cuma jalan ceritanya seakan tipikal drama melayu pasca-merdeka ala Rashid Sibir. Mungkin juga itu pilihan penulis.

Aku pernah membaca tulisan Ridhwan Saidi; Sulalatus Anilingus dalam buku Orang Macam Kita terbitan Matahari Books. Corak penceritaan dan penulisan agak similar. Masih menggunakan remaja belasan tahun sebagai tunjang utama penceritaan. Mungkin penulis mempunyai alasan tersendiri. Mungkin jugak CEKIK ini bersifat peribadi.

Minda aku terpaku. Kadang-kala terpelanting dan terpukul dengan satu hentaman yang kuat. Buku ini benar-benar untuk bacaan minda matang sahaja. Satu tulisan yang berani mati. Terlalu open. Tapi benar kata penulis; jika kamu merasakan penulisan novel itu membuang masa lebih daripada apa yang kamu suka, ianya adalah porno.

Aku hampir melalui detik orgasma dengan novel ini. Berhalusinasi serta fetish ketika membaca babak ranjang. Imaginasi penulis memang superb, seakan real – macam pernah melaluinya. Mungkin jugak Ridhwan Saidi ini kaki blue.

Hanya pengakhiran cerita seakan membunuh, terlalu anti-klimaks; macam terburu-buru. Perkara yang memberi impak dan tersimpan dalam kepala otak aku sampai sekarang adalah; petua orang tua-tua bagaimana nak menghilangkan pedas. Dan aku akan praktikkan satu hari nanti. Pasti.
Sekian.

6 comments:

jejaka anggun said...

ridhwan saidi kaki blue?

teKukur Jantan said...

mungkin.. sapa tahu..

Azham Vosovic said...

haha, nak pinjam buku ni bley? hahaha

teKukur Jantan said...

Azham: hmmm tidak boleh.. hahaha

Ac by Acid said...

mcm interesting...mana kau dpt der..??

teKukur Jantan said...

www.fixi.com.my