Saturday, April 23, 2011

jalang


Hujung kota lama. Berhari rasanya dia berpaling dariku tidakku tahu kenapa? Dari susuk tubuh belakang, dia nampak kuat dan tabah. Kepalanya dari semalam mendonggak ke atas memandang langit tidak berbintang.

***

Dari senja tadi, dia kaku seperti semalam. Tidak pulak menoleh atau menggaru. Dia masih membatu di situ seperti selalu. Baru aku tahu. Dia malu-malu. Dia memandang langit, supaya air di kelopak matanya tidak menitis - mengalir seperti hujan yang berdendam. Dari belakang dia nampak tabah, tapi sebenarnya dia paksa jadi kuat bagai karang di lautan. Padahal kita tahu karang pun terhakis dipukul ombak laut yang berduka.

***

Mungkin. Pintu hatinya terluka. Mungkin juga ada si jahat yang merobek dan membunuh jantung hatinya.

***

Di hujung kota lama. Ternyata dia masih keseorangan kerana kejalangan aku sebagai teman.
.
.
.

moral cerita ini tidaklah begitu menyelerakan

No comments: