Monday, March 28, 2011

sedang membaca;

Untuk minda matang sahaja.

*****
Buku: MATANYA TELESKOP, HATINYA KAPAL DALAM BOTOL KACA
Penulis: Sufian Abas
Terbitan: Sang Freud Press
Tahun: 2009, Edisi Pertama
Cara Dapat: Pinjam & tak pulang-pulang

Rating: ****1/2

Buku ni memang terbaik, lain dari yang lain. Tengok tajuk buku pun dah suspen. Segi penulisan, Sufian Abas buat aku berfikir 2 3 kali bila aku baca setiap cerita dalam buku ni; seolah-olah berkhayal. Double meaning.


Buku: ELARTI: PENULISAN SUARA BARU KONTEMPORARI
Penulis: Penulis Bebas
Terbitan: Stormkitchen
Tahun: 2008
Cara Dapat: Pinjaman

Rating: ***

Ini lain sikit. Buku ini pelbagai gender. Kalau korang jenis manusia yang cakap lepas. Buku dwibahasa ini memang terbaik buat korang,dari segi kritikan & cara pemikiran. Ada 10 esei, 9 profil, 11 puisi & 8 cerpen. Dan korang patut membaca Inferno tulisan M. Fadli Al-Akiti.

***

Buku indie atau fesyen pop ini aku beli time aku lepak-lepak dekat kedai esastera. Aku suka cara mamat-mamat & awek-awek ni menulis. Sempoi dan kool. Bagi aku, tak kisah la bahan bacaan tu ilmiah ke tidak. Yang peting, membaca itu jambatan ilmu. Dari lepak korek hidung, melangut tak tentu arah dalam LRT.. Atleast kita nampak kool dengan membaca.

" seperti kebanyakan intelektual, benda simple pun dia takleh cakap dengan simple "

No comments: