Sunday, March 6, 2011

Malam yang Seram


3 malam Fakulti Tari Aswara menganjurkan Malam Kreasi Baru - julung-kalinya. Satu cubaan yg baru untuk bakat-bakat baru. Untuk bakat lama, gua rasa lu org patut malu pada bakat-bakat baru. Maksud gua - mereka yg benar-benar berbakat saja.

Ada 12 pieces yg dipentaskan. 3 dari lecture & 9 dari pelajar. Tapi gua seram sejuk dgn beberapa pieces yg tak layak dipentaskan mlm itu. Terlalu low standard - tak ubah mcm karya-karya picisan JKKN negeri Kelantan. Apa yg buat bulu roma gua meremang adalah pemahaman koreografer itu sendiri ttg nilai Kreasi Baru. Bertapa Kreasi baru itu sendiri mempunyai nilai estetik dalam pengolahan gerak tari & penyusunan lenggoknya. Malangnya mlm itu, lu org melebihkan kostum dari gerakan. Hingga sanggup menconteng arang dimuka sendiri.

Mungkin ada yg menganggap Kreasi baru ini sesuatu yg remeh & mudah. Itulah puncanya beberapa pieces saling tak tumpah mcm tarian kreatif Kolej-kolej universiti malam kebudayaan. Ada jgk mcm CARMA dinner koperat-koperat.

Gua mengambil contoh Tarian Inang Renek ( kedah ) yg dikembangkan daripada tarian Mak Inang Kesot. Tarian tu ditarikan dengan cara merendah sehingga kedua-dua belah paha hampir mencecah lantai dan hanya ditarikan oleh penari-penari wanita. Apa yg bestnya, tarian kreasi baru itu mempunyai beberapa ragam tari yg mudah & menjadi trademarknya tersendiri. Nah! itulah yg harus difikirkan.

Mlm itu gua masih mencari-cari. Kreasi itu dipandang dari segi gerak atau pemahaman kreasi itu sendiri.

Bukanya apa, kadang-kadang org yg pandai, sebenarnya taklah pandai sngt. Gua sentap.


2 comments:

Azham Vosovic said...

Aiiii,,,saya tak sempat pergi tengok Malam Kreasi tu..., berdasarkan feed back dr kawan2 yg pergi, katanya best....

teKukur Jantan said...

Azham : Malam Kreasi Baru sampai Ahad mlm. Dtg dan enjoy the show. Ramai-ramai meriahkan kesenian warisan kita.