Thursday, March 31, 2011

Fiksi satu malam;

Untuk bacaan minda matang sahaja.

Jiwa aku meronta, melompat & membantah. Sedikit down, tapi aku buat-buat kuat. Malam yang penuh kejutan konspirasi untuk biawak yang dahagakan najis kemenangan. Aku tidak melatah, cuma jiwa aku dalam fiksi yang tersentuh. Apa erti kemenangan jika kau tidak layak menjulangnya.

Saat dan ketika ini, aku menyumpah seranah kau biawak. Kau hidup untuk dipuji & diangkat sebagai mamalia yang mulia, hingga sanggup menghina kami manusia yg bertungkus lumus menkayakan seni budaya. Aku bukan lorat nak junjung piala, setidak-tidaknya adili kami seadilnya.

Selama ni aku bersabar dengan perangai kebinatangan kau biawak. Tapi kali ini aku benar-benar sudah meletus. Dengan tahap ilmu kau yang setaraf tapak kaki aku ni, jangan kau nak belagak lebih la. Cermin diri kau dulu. Aku tidak merasa diri hebat - masih berpijak pada bumi yang nyata & masih bersyukur.

Mungkin kau rasa bangga dengan kemenangan semalam. Tahniah aku ucapkan. Strategi kau sudah berjaya. Penantian kau sudah berakhir. Apa lagi lepas ini? Teruskan melobi. Keluarkan lidah biawak kau yang panjang itu, jelirkan.

*****

Ini sangat penting untuk pengetahuan kau yang tak seberapa itu. Tahap seni kau, tetap setaraf tapak kaki aku - mamalia yang berkarya kerana seni, bukan untuk kemegahan & kemenangan.





1 comment:

Unknown said...

marah nmpk..

-kawan lama-