Thursday, March 24, 2011

Complicated; Orang Macam Kita


Ini adalah fiksi, dan ditokok tambah menjadi sebuah catatan kehidupan Orang Macam Kita.

*******

Engkau tak ingat hari ini hari apa? Isnin atau selasa? Hari tak penting bagi engkau. Sudah dua hari engkau ponteng kuliah. Engkau lepak bilik dan kalau lapar engkau pergi cafĂ© - tapau. Engkau sudah naik muak dengan hidup – rutin harian adalah sama setiap hari. Hari ini engkau jadi tekad, engkau tidak peduli lagi tentang masa depan. Engkau lemas dan rimas.

Tetiba engkau teringat mak abah engkau dekat kampung. Engkau jadi hiba. Air mata ada menitis sikit, cepat-cepat engkau lap dengan hujung lenggan baju. Engkau letak bantal atas kepala, tutup mata sambil nyanyi lalalala...

Engkau gapai seluar jeans belakang pintu. Engkau pakai seluar, pakai boxer semalam. Sudah dekat dua minggu engkau tak membasuh, engkau malas. Itu boxer kegemaran engkau. Ada tanda tompok mani dekat bahagian anu, kesan engkau melancap pagi tadi. Engkau tak kisah pun. Engkau rasa janggal kalau tak pakai boxer – semacam telanjang. Nasib baik tak besar.

Engkau teringat. Dulu ada mamat hujung aras blok yang suka usha-usha engkau. Bila engkau masuk tandas nak mandi, pasti mamat tu join sekaki. Dia buat-buat basuh baju sambil nyanyi lagu siti. Engkau ada dengar masa tengah mandi. Engkau biar saja. Habis mandi engkau keluar, mamat tu buat-buat terlanggar bahu engkau. Engkau say – sorry! Mamat tu senyum angkat kening. Engkau rasa geli.

Engkau ambil shuttle bas depan cafe. Cepat-cepat engkau naik, engkau tak mahu terserempak dengan kawan sekuliah. Engkau rasa malu. Dalam bas, mata engkau liar curi-curi pandang kalau ada kawan sekuliah . Engkau resah.

Sampai sahaja bas depan Fakulti Perubatan, engkau terus turun ke Flat Ikan guna pintu belakang. Panas terik, ketiak engkau berpeluh. Engkau teringat, engkau ada seorang kawan yang kuat berpeluh. Dia ada penyakit bau ketiak busuk. Agak engkau dia tak suka pakai diadorant atau dia kuat makan bawang macam keling bangla dekat kedai mamak. Kawan engkau pondan yang keji, dia selalu beranggan cantik walaupun muka longkang Nahuzubillah. Engkau terkekeh-kekeh ketawa.

Engkau sampai depan satu kedai kecil yang penuh dengan komputer, engkau tolak daun pintu. Engkau masuk. Engkau cari tempat kosong. Engkau duduk. Mamat dekat kaunter jeling engkau, engkau macam bagi hint angguk kepala. Mamat tu faham. Engkau gerakan mouse, engkau klick MiRc betul-betul dekat desktop. Engkau taip Sayangabang, engkau letak nama Adik***sukaAbang. Dulu engkau tak biasa buat kerja-kerja macam ni, tapi lama-lama engkau rasa ok. Ramai yang online, engkau tunggu sampai ada bunyi *tut* ada mesej masuk.

Engkau tidak kisah pun. Engkau telah memilih jalan ini dan engkau sudah membuat keputusan untuk hidup sebegini. Memang tiada sesalan.

********


3 comments:

RASHID A.K.A ACID said...

i like the middle part...tkpe masing2 ada pkaian kegemaran even me myself ada kegemaran underwear sendiri..dan jarang nk tukar kekeke...but so far cerita ni mengenangkan kisah lalu..dgn sekarang..bgaiman setiap gerak geri jalan cerita ni mesti ada persamaan yg dia pernah teringat..betul tk..??hehe

Unknown said...

Suka kisah ini, sangat sweet kalau diteladani betul-betul... sambung lagi... best best...

Unknown said...

Acid: pandai la ko.. takde persamaan lngsnung aku dgn jln citer diatas.


Azham: terima kasih. pasti akan bersambung. anda hnya perlu tunggu...