Friday, January 14, 2011

basikal! oh basikal!


Aku tak ingat masa tu umur aku brapa tahun - masih bersekolah rendah rasanya.. Dalam darjah 4 atau 5. Abah ada belikan basikal utk aku.. Dia beli secara hutang dgn cina dekat Tikam Batu.. Aku tau abah duit tak bnyk, dia keja kilang papan saja, tapi aku tak tahu kenapa dia belikan aku basikal mountain bike. Sampai sekarang aku tak tahu - mungkin aku anak lelaki sulung dia ( mungkin ).

Aku suka basikal tu sbb basikal tu canggih sngt - ada gear leh tukar-tukar. Aku macam jakun..Dipendekkan cerita... Aku hilangkan basikal tu yg seminggu baru beli, masa tu aku pergi berfoya-foya ( main game arkid ) kat Parkson Ria dengan kawan a.k.a jiran sebelah rumah ( angah, alang ) dan kakak aku ( mek tam ). Seingat aku, basikal tu dibiarkan tidak berkunci, tapi aku rapat-rapatkan basikal aku dgn basikal yang lain.

Aku cuak, aku menangis, aku takut, aku tak nak balik rumah. Aku takut abah pukul. Baru aku ingt pesan arwah mak. Mak kata jgn kawan dgn depa tu, depa jahat - nakai.. Masa balik rumah, aku terus lari. Lari dgn hati y takot. Aku sembunyi kat rumah pak tam, menyorok dalam hutan keladi.. Aku ada nmpk abah lalu bawak kayu - aku takot.. Aku menangis sedalamnya. Bukan apa, aku sedih sbb abah keje kuat semata-mata nak belikan aku basikal tu. Kami bukannya org senang.. Aku terus menangis sampai sekarang.. Abah, abang mintak maaf.. kalau abah tak beli basikal mountain bike tu, sure abang tak hilang kan basikal tu kan...haha

***



1 comment:

Ac by Acid said...

really make me cry with this story...semuanya ada kena mengena dgn kehidupan saya yg lampau..!!!