Monday, June 3, 2013

Mental Yang Mental;

  
Buku : MENTAL
Penulis : Shaz Johar
Terbitan : Buku Fixi
Tahun : November 2012 ( cetakan pertama )


Shaz Johar. Lelaki anggun ini masih lagi membida fahaman feminism dalam buku ketiganya Mental. Dia mempunyai imaginasi yang tinggi dalam menceritakan perihal hidup dan masalah wanita dalam setiap karyanya, dan aku sangat kagum tentang itu.

Mental bukan sahaja psiko tapi sarat dengan rencah persoalan, isu-isu yang rare dan berat.

Mental berjaya membawa aku terus ke dalam situasi yang tidak selesa diawal ceritanya. Bagaimana ketidak selesaan itu membuat kau terus-terusan membaca untuk tahu tahap mana kegilaan itu akan berterusan. 

Mental bukanlah sebuah thriller yang sarat dengan darah dan nanah. Tapi apa yang uniknya dalam buku ini adalah watak Maya yang menjadi pemangkin keseluruhan apa yang berlaku dalam keluarga Tuan Jin dan Puan Sierra. Shaz Johar terus mengila hingga keakhir cerita. Dan aku rasa buku ini berjaya membuat aku mental sesaat.

Seks luar tabii bergitu tabu untuk Shaz Johar dan anda begitu cemerlang untuk itu. Saya tegang.


No comments: